Jumaat, 9 November 2012
DILEMA BEKERJA DI JABATAN KERAJAAN
GLAMOR SANGAT KERJA "GOMEN"
Suasana kerja dimana-mana pun sama, tapi apa yang ingin dikongsi bersama adalah enviroment nya. Seronok dan macam glamor, bila orang awam kata, seronok kerja "gomen" tak teruk. Tapi hakikatnya memang teruk banyak sangat dateline (ikut cakap menteri). Tambah-tambah dekat-dekat pilihanraya nak tunjuk berbakti kepada rakyat konon. Yang jadi mangsa, kakitangan jabatan kerajaan dan agensi sewaktu dengannya.
Pegawai kanan tugas mereka menerima arah arah dari Menteri secara langsung atau melalui KSU (Ketua Setiausaha) jabatan masing-masing. Yang peliknya setiap kali nak buat majlis, nak umum sesuatu mesti nak "grand" , bajet yang susah dulu nak lulus sebelumnya sebab tak ada duit konon, tiba-tiba boleh lulus sebab Ketua Jabatan kata bajet kecemasan. Nak guna setengah jam je. Berhabis berpuluh ribu.... untuk rakyat konon, tapi sebaliknya hanya nak glamorkan menteri. Peliknya lagi, Menteri adalah wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat sebagai wakil rakyat. Tapi yang Ketua Jabatan dok pi cium tangannya buat apa, dia bukan guru, nak sambut pula kena buat macam-macam yang mengunakan belanja yang banyak (duit rakyat). Hadiah, cenderahati yang berpuluh ribu ikut taraf glamor menteri.
Berbalik pasal kerja banyak, sebenarnya tak kisah kerja banyak tapi cacha marbanya tu yang penat. Ketua Jabatan ini macam-macam dia risau, macam-macam nak buat, nak adakan. Apa kejadahnya nak takut sangat menteri tu. Dah jadi wakil rakyat berkorban lah untuk rakyat, bukan rakyat yang ketakutkannya. Susah sangat tunggu pilihanraya terajang keluar, nak tengok dia sengeh macam kerang busuk bila dah tak jadi menteri.
Ketua Jabatan pula gila pangkat, bukan kerja sangat pun, kerja apa ikut menteri pi luar negara buat lawatan rasmi konon. Tapi apa hapah pun tak dibawa balik, teknologi ke, idea baru ke, depa sibuk shopping kiriman oleh anak bini. Dalam jabatan huru hara, nak mintak peruntukan macam nak mampus, menteri cakap kena ikut peredaran zaman dan perkembangan teknologi maklumat, Ketua Jabatan pun angguk macam burung belatuk.... sebab dah nampak peluang nak oder i-pad, i-pod, dan segala macam pad lagi, bolehlah bagi pada anak bini..... sebab dia orang ni hapah pun tak tahu.... lakon je lebih.
Berkaitan bonus, lagi la tak patut.... sebulan gaji dia orang ni macam; pegawai-pegawai kanan, Ketua-ketua jabatan, Jusa, Turus la... walaupun kadang-kadang tak berapa terurus. dapat macam-macam elaun.... itu la, kecemasan la, tapi tak berapa nak cemas... tunggu nak jawap soalan Menteri je... tapi yang buat kerja adalah yang tak dapat elaun kecemasan. Itulah sebabnya rakyat dapat macam-macam masalah, sebab Ketua Jabatan kuat temberang, kakitangan banyak masalah sebab bajet tak lulus la, permohonan kena reject la, teguran tak dilayan lah... contohnya kalau jambatan roboh atau tak siap-siap, jalan berlobang-lobang atau tak siap-siap, longkang tersubat..... haaa.... itu kerja Ketua Jabatan, Juruteknik buat laporan kepada Jurutera kemudian, rujuk kepada Ketua Jabatan... jawapannya tunggu dulu... tak ada bajet dari bulan Januari hingga bulan Disember , jawapannya sama je.... (sebenarnya sibuk main golf, sebab ada orang nak sponsor) last-last semua buat bodoh, malas nak layan, jambatan roboh, longkang sumbat, dan lain-lain lagi, rakyat juga yang sengsara!
Lagi hampeh bila Ketua Jabatan dapat "title" "Datuk", lagi masalah, bini dia pula tiba-tiba jadi "Puan Sri" ( jawapan mudah- naik tocang, lebih kuah dari nasi). Nak kena layan dia pula, nak buat macam aktiviti, bukan apa nak lawan Datin-Datin lain. Bajet mana,?! Bajet Jabatan la apa lagi... Kena lulus sebab Pegawai Kanan pun nak tumpang semangkok... dapat cemerlang, nak gred, naik pangkat. Dia pulal macam kena rasuk hantu, takut Ketua Jabatan mengamuk... Datin nak bajet, nak buat event!
Siapa yang kena, kakitangan bawahan la jadi mangsa..... macam nak kena buat. Mana ada masa nak layan permohonan rakyat.
Jadi kalau kakitangan dapat bonus jangan marah..... memang patut dapat sebab buat kerja segala macam, nak beri jerung makan. Tapi Ketua-ketua jabatan tak patut dapat peratus yang sama macam kakitangan bawah dapat, sebab dia orang ni ditanggung segala macam elaun dan boleh buat tuntutan yang pelbagai tak termasuk bajet beli seluar dalam je. Tu pun mana tahu, .... Bunus sebulan gaji kakitangan bawahan cukup buat beli baju sekolah, kasut dan beg anak je, tapi Ketua Jabatan boleh beli rumah kos rendah! Depa buat cadangan depa yang kaya, yang bawah ni macam tu jugak.
Macam-macam lagi yang ada kat jabatan kerajaan.... pada aku ini bukan pendedahan... tapi hakikat yang patut kita ubah. Kesian rakyat!
Langgan:
Ulasan (Atom)